Rumah Inap Desa Kiyau atau Kiyau Campsite di Kampung Sapit Padawan menjanjikan pengalaman yang luar biasa buat penggemar aktiviti alam semulajadi.<br /><br />Terletak lebih seribu kaki dari aras laut, antara tarikan utamanya adalah pengunjung boleh melihat negara jiran Indonesia kerana lokasinya yang bersempadan dengan Kalimantan.
